Monday, 19 January 2015

Kemalangan Maut Motosikal Berkuasa Tinggi KTM Duke 200 Bertembung Kawasaki Z800

Berita seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi menemui ajal selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Berjaya Hill, Bentong, Pahang mencuri perhatian ramai di media sosial.

penunggang motosikal berkuasa tinggi menemui ajal selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Berjaya Hill, Bentong, Pahang

Kejadian terbaru melibatkan mangsa, Syaiful Buhairi Abdullah, 27 tahun yang menunggang KTM Duke 200 bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Syaiful dipercayai hilang kawalan motosikalnya dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan penunggang motosikal Kawasaki Z800.



Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis KTM Duke 200cc dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke pusat peranginan Berjaya Hill, dekat sini.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 yang ditunggang seorang lelaki.




“Akibat pertembungan itu, mangsa bersama motosikalnya tercampak ke dalam longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam kejadian itu motosikal Kawasaki Z800 tersebut hangus terbakar

Menurut polis, Syaiful meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis turut memaklumkan keadaan jalan raya di kawasan kemalangan kering dan dalam keadaan baik.

Penunggang Kawasaki Z800 itu pula mengalami kecederaan serius dan sedang menerima rawatan di hospital.

Status Bagai Sudah Tahu Ajal Menjemput

Balik Pulau: “Kalau aku kemalangan dan cedera parah, aku teringin sangat untuk lihat bagaimana reaksi orang yang aku sayang, di saat aku penuh berlumuran darah. Nak tahu siapa teringin lihat senyuman dan gelak ketawa aku.

“Entah di hospital atau kubur, jika meninggal dunia, berharap agar orang yang aku sayang datang menziarahi kubur aku dan sedekahkan al-Fatihah buat aku, tapi tolong jangan menangis depan jenazah aku kerana ketika itu aku sudah tidak berdaya untuk lapkan air mata.”NSTP

Demikian antara pesanan terakhir Mohd Hafiz Abu Salem, 23, pada status aplikasi WeChat yang dikemas kini Khamis lalu, sebelum meninggal dunia akibat terbabit dalam kemalangan di Kampung Nelayan di sini, petang kelmarin.

Abang arwah, Jaslly Abu Salem, 33, berkata, dia tidak menyedari adiknya ada mengemas kini status pada aplikasi WeChat berkenaan dan hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakan adiknya pada malam kejadian (malam kelmarin).

“Saya hampir menitiskan air mata membaca status itu kerana masih berat untuk menerima pemergiannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Masjid di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.40 petang, Mohd Hafiz, yang menunggang motosikal terlanggar tiang elektrik ketika cuba mengelak sebuah kereta yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba.

Jaslly berkata, akibat kejadian itu, arwah adiknya cedera parah di kepala, badan serta kaki kanan dan dia yang dimaklumkan perkara itu terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika sampai di lokasi kejadian arwah masih bernafas, namun saya berasa amat hiba selepas melihat keadaan adik sendiri yang lemah dan tidak bermaya.


“Mungkin saya bernasib baik kerana dapat menatap wajah arwah ketika dia masih hidup sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Katanya, ibunya sempat ke lokasi kejadian, namun pengsan melihat keadaan Mohd Hafiz yang sedang nazak.

“Saya harap sangat dia (pemandu) itu datang berjumpa saya dan keluarga meminta maaf berhubung kejadian yang meragut nyawa adik saya,” katanya.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Teluk Kumbar, jam 10 malam, kelmarin

Sumber www.suara.tv

Sunday, 26 October 2014

Punca sebenar Nora Danish sanggup putus cinta dengan Nedim Nazri



Dalam keseronokan pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri bercuti bersama-sama di luar Negara baru-baru ini, terdapat khabar berita kurang baik yang mula kedengaran tentang mereka.

Menurut laporan sebuah media hiburan, hubungan cinta pelakon itu dengan Nedim Nazri dikatakan tidak mendapat restu daripada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri.

Susulan itu, Nora Danish segera tampil kepada akhbar Kosmo dengan memberitahu bahawa dirinya tidak akan teragak-agak untuk memutuskan hubungan cinta mereka jika tindakan demikian adalah penyelesaian terbaik.

“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami.”

“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya.”

Dalam pada itu, juri program Maharaja Lawak Mega 2013 berkenaan turut menegaskan bahawa dia dan Nedim tidak pernah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Jika ada pun, pengumuman menerusi siding media akan dibuat juga.

Thursday, 16 October 2014

Gambar Anggota Polis ‘Cantik’ Pula Jadi Viral



Semalam, Mynewshub.cc telah pun memberikan anda laporan berkenaan gambar seorang guru yang cun melecun dan memakai kebaya di sebuah sekolah rendah, hari ini kami berikan anda gambar seorang anggota polis pula.
Tidak diketahui pula, di dalam polis ada anggota secantik ini.
PolisLawa
Pastinya ramai anak-anak muda yang masih solo berlumba-lumba untuk menyertai anggota polis saat melihat gambar ini.
Kalau berminat sertai polis tak apa, jangan berangan pula kena berkas dengan anggota ini.
Comel pula bila anggota ini, duduk seperti itu pegang pistol pula.
Tidak diketahui sumber gambar ini datangnya dari mana tetapi ia telah pun meletup di internet kemungkinan kerana keayuan anggota berkenaan. - MYNEWSHUB

Tuesday, 14 October 2014

Gambar Panas Erin Malek Bersosial Di Rootz Club KL Tersebar!


Gambar Panas Erin Malek Bersosial Di Rootz Club KL Tersebar! -  Baru sahaja melangsungkan perkhawinan beberapa hari yang lepas bersama pasangannya Farriz Fauzy, Erin Malik dikatakan bersosial di Rootz Club, Kuala Lumpur menerusi foto yang dikongsikan di laman sosial.

Tapi jangan tertipu! sebenarnya gambar ini mungkin cuma sekadar satu babak lakonan beliau. Maklumlah nama Erin Malik semakin melonjak naik sejak menjuarai Fear Factor Malaysia dan heroin  drama Misiku Kuza. Kredit gambar oh!media



Selebriti Wanita Tak Pakai Coli Sempena ‘No Bra Day’



Korang tahu tak semalam iaitu 13 Oktober adalah hari tanpa memakai bra atau "No Bra Day" yang disambut  di negara barat setiap tahun!

Tujuannya ialah untuk mengingatkan masyarakat tentang kenser payudara yang menjadi pembunuh utama kaum wanita. 

Dibawah ni admin nak kongsikan ragam artis Hollywood yang turut tampil tanpa bra sebaagi tanda sokongan mereka - Mynewshub











Tuesday, 7 October 2014

Lagi Babak Drama Fail!! Doktor Baca X-Ray Terbalik


Sebelum ini kami ada siarkan tentang kesilapan kontuiniti dalam drama Cinta Ibadah yang ditayangkan di Astro, dua hari lalu.

Dalam gambar petikan salah satu babak drama tersebut, pelakon Raja Ilya kelihatan sedang beremosi bercakap menerusi telefon bimbit yang dipegangnya terbalik.

Secara logiknya anda tidak akan dapat mendengar suara orang jika telefon bimbit dipegang seperti ini maka ia boleh mengendurkan mood penonton yang rasa ditipu hidup-hidup.

Hari ini pula seorang pembaca, Ane Rahman berkongsi dengan kami satu lagi kesilapan kontuiniti yang dikesan dalam drama Kusinero Cinta yang ditayang di Maya HD.
Pada satu babak doktor dalam drama tersebut dikesan meletakkan filem x-ray dada pesakit secara terbalik untuk paparan di dinding. Sesungguhnya dalam dunia realiti, tidak ada doktor sebenar yang akan membaca dan menganalisis x-ray secara terbalik begitu!

Maka kesilapan ini sangat memalukan dan menunjukkan sikap cincai pihak produksi terlibat.
Memang betul filem Hollywood pun ada kesilapan kontuiniti tapi apa salahnya produksi kita lebih cermat dan buat research secukupnya sebelum bikin drama atau filem kan?
Menerusi cara ini mereka akan terlatih untuk bekerja secara profesional dan menerbitkan karya lebih mantap dari masa ke semasa untuk penonton Malaysia. 

Popular Posts