Monday, 19 January 2015

Kemalangan Maut Motosikal Berkuasa Tinggi KTM Duke 200 Bertembung Kawasaki Z800

Berita seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi menemui ajal selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Berjaya Hill, Bentong, Pahang mencuri perhatian ramai di media sosial.

penunggang motosikal berkuasa tinggi menemui ajal selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Berjaya Hill, Bentong, Pahang

Kejadian terbaru melibatkan mangsa, Syaiful Buhairi Abdullah, 27 tahun yang menunggang KTM Duke 200 bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Syaiful dipercayai hilang kawalan motosikalnya dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan penunggang motosikal Kawasaki Z800.



Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis KTM Duke 200cc dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke pusat peranginan Berjaya Hill, dekat sini.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 yang ditunggang seorang lelaki.




“Akibat pertembungan itu, mangsa bersama motosikalnya tercampak ke dalam longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam kejadian itu motosikal Kawasaki Z800 tersebut hangus terbakar

Menurut polis, Syaiful meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis turut memaklumkan keadaan jalan raya di kawasan kemalangan kering dan dalam keadaan baik.

Penunggang Kawasaki Z800 itu pula mengalami kecederaan serius dan sedang menerima rawatan di hospital.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts