Saturday, 4 October 2014

Anjing berjalan seperti manusia.

Ini bukan cerita catdog, mahupun pertunjukkan anjing gila. Namun pada kali ini, Seekor anjing ini merupakan jantina betina bernama Lulu gemar berjalan menggunakan kedua-dua kaki bahagian belakangnya, seolah-olah seperti manusia. Difahamkan, anjing ini tinggal bersama tuannya di negara China. Persoalannya, bagaimana ia boleh bertindak berjalan sedemikian rupa? Boleh lihat gambar di bawah ini.
anjing1

Anjing berusia 1 tahun itu menggunakan kaki belakangnya untuk berjalan, sementara dua lagi kakinya digunakan untuk membawa beg tangan, sambil bergaya seperti seorang model, haiwan ini telah memenangi hati orang ramai di Zhumadian, di daerah Henan China di mana ia boleh selalu dilihat berjalan dengan cara yang aneh berbanding anjing-anjing lain.
anjing2

Namun tidak diketahui mengapakah anjing ini mula berjalan sedemikian rupa. Seorang bekas guru yang kini meriupakan seorang pesara Zhou Guanshun, pemilik Lulu berkata, gaya jalan Lulu yang luar biasa ini menjadikannya sebagai seekor haiwan yang sangat menarik perhatian.
Menurutnya “Kami tiba-tiba jatuh cinta padanya”.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts